Amz
Sedar tak sedar, minggu ni dah mula cuti sekolah. Persoalan paling penting untuk aku  -anak nak letak mana masa cuti sekolah ni? Yang kedua penting - program cuti sekolah untuk anak.
Menjawab soalan pertama:
nak kena tanya tempat transit, tapi haruslah jawapan tak memberansangkan. dah nama nya tempat transit, time cuti sekolah budak tak pergi sekolah - so, no transit. Mungkin boleh hantar jugak kat sana, tapi kena extra charge lah. kat bandar ni macam ni lah... semua nak kira duit. takde duit tak jalan. Aku rasa paling senang, bawa lah anak aku ni datang opis setiap hari. (sorry boss, saya takde maid kat rumah dah, takkan nak tinggal anak saya sesorang. Be OK with it! Tak OK, kang aku resign kang)
Dan juga menjawab soalan kedua:
program cuti sekolah - dah ikut datang opis kan, plan aku hari-hari nak suruh Haziq buat revision. heheheheheee... ha, kan dah kena. sapa suruh ikut Mummy datang office kan. Takkan hari-hari nak tengok Running Man je kerja nya.
Sebenarnya, tujuan aku nak catch up segala pembelajaran yang dia untuk setahun dua yang lepas. Prestasi semasa tu agak menurun, walaupun masih maintain kelas paling atas. Ada sekali tu, aku pergi report card day, lambat lah sikit sampai kat sekolah tu, dapat nombor giliran 20.
Bising Haziq pot pet kat aku, "nape mami lambat? kawan-kawan ramai yang dah balik"
Aku jawab balik "Dah Haziq pun dapat number 20, mummy ambik numbor 20 lah. Lain kali kalau dapat number 40, jadi lah orang yang last sekali balik"
Muhahahahaha....
That year, tak dapat 5A pun. Banyak subject merosot.
Rupa-rupanya, anak aku ni rabun.
Tak pelik di situ. Aku pun pakai spek. En K pun pakai spek.
Yang pelik... masih sekolah kebangsaaan dah kena pakai spek?
Kata ophthalmologist tu, mata dia ni sensitive pada cahaya. (ohh..patut lah tak boleh panas, kalau panas jer mesti ada tahi mata). Tambah pulak suka gosok mata, suka mengadap screen komputer and tv. Rabun lah. Kena pakai spek yg tinted sket. Power pun tinggi dah... dlm 200+. ermm.. aku pakai power banyak tu pun masa dah nak habis hujung2 masa mengaji U dulu.
Aduhaiiii anak...
memang Mummy rasa bersalah, sebab tak detect awal rabun mata tu. Kalau detect awal, mungkin tak teruk macam ni.
haruslah kat sekolah dalam kelas tu tak nampak apa yg cikgu tulis kat papan hitam. cikgu pulak suka letak dia kat belakang, kat sebelah meja guru (susun atur dalam kelas, papan hitam di depan, meja guru di belakang, tak macam zaman aku sekolah dulu, papan hitam dan meja guru kat depan)... sebab dia ni suka berjalan-jalan, jenis tak reti duduk diam.
awal tahun ni, aku pesan kat cikgu kelas, letak dia kat depan, sebab dia ni rabun.
Alhamdulillah, ada peningkatan. Exam hujung tahun ni dapat 5A, and tempat ke-3 keseluruhan.
Tapi itulah.. aku still tak puas hati.
Nak kena buat revision balik utk yg last year punya syllabus - mungkin ada bahagian yang dia tak paham sebab tak berapa nampak dalam kelas.
....
Untuk minggu ni, ada program kat tempat keje aku ni, untuk budak-budak - Kids Game Lab. Something fun for him to do. Belajar buat game.
Asyik main game je.
Sekarang, sila buat sendiri.
Heh... mentang-mentanglah Mummy kamu ni cikgu IT, anak pun kena train area2 IT jugak ke? 


Itu pasal si Abang,
untuk si Kakak.. pun minggu yang sibuk untuk dia.
Hari ni pegi lawatan, esok pun lawatan.
Risau nak kasi pegi lawatan.. baru 4+ tahun pun. Lucky, ada polis escort. Dan, dekat aje pun. Dalam area kawasan perumahan jugak. Hari ni dia pergi Domino's. Best kot sbb boleh makan pizza.

Yang takde program.. si Adik - tak di benarkan ikut lawatan sebab di bawah 3 tahun. Kesian Adik... pagi tadi dah nangis masa nak turun kereta. Selalu nya dia happy aje nak pergi taska. Hari ni lain pulak mood nya. Siap kena dukung masuk ke taska. Hu hu hu..
Takpe lah Adik, kalau ada masa, hari cuti Mummy bawak pergi jalan-jalan.