Amz
a very short entry.
wishing all you selamat hari raya aidilfitri
mintak maaf atas segala kesalahan, apa2 yang tersinggung, terkasar bahasa dan perbuatan
lastly,
have a blast Hari Raya.

hehehe.. aku nak balik kampung pagi2 esok.
ho ho ho.. balik kampung...
ho ho ho.. balik kampung...
Amz
Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi berpeluang menyambut ramadhan. Dah nak masuk minggu terakhir puasa baru sempat nak buat entry pasal puasa. Puasa tahun ni kira sederhana saja untuk kami sekeluarga. Takde lah meriah2 pegi berbuka kat hotel or restoren utk buffet ramadhan or hari2 pergi pasar ramadhan. Selalunya aku masak je kat rumah, kalau rajin pegi lah PaRam kecik dkt dgn rumah untuk beli kuih muih. Aku tak suka buat kuih, dan aku tak berapa expert buat kuih. Itu pasal aku suka beli. Masak mende lain ok ler.
Ajiq :-
Hari pertama puasa mmg yang paling mencabar untuk Ajiq. Aku balik kerja je suasana dalam rumah aku macam kecoh2 sket. Ramai orang di rumah masa ni, parents aku ada, adik2 pun ada. Diaorang ni pulak suka menyakat. Rupa2nya Ajiq tengah mengamok dlm bilik tv, baring atas lantai sambil merajuk. Nampak je muka aku, terus cakap "nak makan!!", pastu marah2, pastu nangis2. Siap ada aksi guling2 atas lantai. Muuahahahahaha. Lawak ler. Aku nak tergelak pun ada, tapi tahan je lah. Karang lagi bertambah amok dia. So, pujuk punya pujuk, dapat juga teruskan puasa sampai waktu berbuka. Hari ke-2 onwards, dah makin ok. Agaknya sbb petang2 sebelum berbuka dia akan pergi mandi. Aku usik jugak sambil tanya2 "Ajiq minum air masa mandi tak?" - sbb aku tengok segar semacam je. Idea minum masa mandi tu dia tahu masa tengok rancangan Nostalgia Ramadhan kat TV1 sebelum buka puasa. Ada ler artis mana bercerita dia buat gitu masa zaman dia kecik2. Tak boleh percaya sangat budak2 ni, senang terikut, kan?
Ayra :-
Ayra, masa mula2 puasa, time sahur dia bangun sekali dgn kitaorang. Tapi sekarang dah tak bangun, tidur jer sampai ke pagi. Agaknya bangun pun takde pape, baik ler dia sambung tidurtanpa gangguan. Kitaorang pun mmg tidur depan TV kat bawah je, senang nak bangun sahur. Pertengahan puasa, Ayra tak sihat. Demam, muntah, batuk, selsema semua ada. Kesian si kecik sorang ni. Sekarang dah makin ok, aku pulak yg berjangkit. Hmm.. seksi ler suara aku sekarang. hihihii...