Amz
Aku ni, ada aktiviti kegemaran ikut musim. Mcm... musim aku gila memasak, hari-hari pun aku nak masak, macam2 resepi aku nak cuba... pastu datang pulak musim aku gila nak bakar membakar, bukan bakar rumah, ok.. ha, baking tu. satu masa tu, keje aku, buat cupcakes jer. asyik2 pegi kedai bake with yen kat puchong tu beli mende2 buat cupcake and icing nyer. penat ler En. K dgn haziq makan cupcakes. Tu, belum cerita pasal ekperimen aku buat kek. Kalau jadi, ok ler. Kalau tak jadi, buang tong sampah je la.
Baca novel pun ikut musim jugak sekarang. . .tapi, tak macam dulu2 ler, aku dah tak beli kat kedai buku. zaman sekarang ni, main download masuk telefon jer, pastu mengadap lah lama2 baca. kurang best sket berbanding baca buku betul, tp, bayangkan lah, kalau pegi bercuti, nak mengangkut buku2 yg berat berbanding bawak je hp tu yg blh simpan berpuluh2 buku. Aku pilih yang ringan je lah.

Kegilaan aku yang terbaru : drama korea.
ha.. satu cerita je aku tengok tiap2 petang. pukul 5 jer kalau aku still kat opis, mesti dah panas bontot nak kena balik... sebab cerita aku tu start pukul 5.30. Time aku tgk tv ni, kanak2 tak di benarkan mengacau. Time2 lain, mmg ler aku takde chance nak conquer tv kat rumah tu. Kalau tak bukak cerita kartun utk budak2, bapak budak yang control remote. Berbalik kat cerita korea, cerita yang aku tgk, satu jer ... tapi bibik aku, dua tiga cerita dia  tgk. Kalau time aku sampai rumah tu, mesti cerita korea aku dah siap ter'on' - sah2 sebelum tu dia melangut tgk cerita lain. Ini tak boleh jadi.. lawan tokey ni!
Aku bukannya nak tengok hari2... ingatkan nak cari dvd, tapi aku tak jumpa dvd cerita ni yang ada english subtitle. Kalau mandarin sub tu ada ler.. tapi aku tak paham ler nanti tgk cerita ni. Baik aku tgk version bisu je. Nak tak tak.. terpaksa lah tengok jugak (macam ler ada orang paksa aku mengadap tv tu tiap2 petang kan? alasan je nih.. )

Lagi satu kegilaan aku sekarang, beli barang online. Maklumler, nak jejalan shopping lama2 sekarang ni aku sakit pinggang, kaki bengkak, latest appt, ada pulak placenta previa sket (sikit jer, so hopefully by next appt dah takde lagi) ... so, shopping di alam maya jer lah. ok jugak, sehari dua lepas tu barang sampai kat depan pintu rumah. Convenient!. Yang tak berapa best, nak kena bayar postage cost, yang kekadang agak mahal compared to barang yang di beli. Kalau kumpul bebanyak barang, baru berbaloi.
Aku pernah jugak survey2 grocery shopping online site macam doorstep (amboilahh... malas sungguh lah sekarang ni, itu pun nak online jugak ke? ) Keputusan survey aku, walaupun diaorang offer free delivery, harga sesetengah barang adalah agak mahal - ini kalau nak banding aku pegi beli kat supermarket sendiri.  Kepelbagaian barang agak terhad - ada barang yang aku nak tapi takde jual kat situ. Tapi, kalau macam time aku dlm pantang ke nanti and takde orang nak pegi beli barang, boleh lah kot aku guna service diaorang ni. Order malam, esok tghari sampai.
Ape yang aku pernah beli online:
- barang baby : baju, kasut, puting baby, moon walker (bende ni utk latih ayra berjalan - kan ari tu dia macam takmo jalan sendiri, kenalah cari gajet utk bantu), and car seat.
- utk diri sendiri : baju and tudung. murah woo beli tudung online, esp kalau beli banyak2.
- mende lain : pizza, tiket wayang, tiket bas, tiket kapal terbang

Ni pun nak shopping online lagi ni...
Amz
Selamat Tahun Baru!
terlambat jer aku nak posting utk tahun 2011 ni. biasa lah, hujung tahun sibuk dgn cuti, awal tahun pulak sibuk dgn anak sekolah. Mmg kelam kabut sket utk 1st week of the new school session... itu pun anak aku dah darjah 2. kalau darjah 1 (macam thn lepas), mmg sah2 le aku kena ber'kampung' seminggu kat sekolah.

cerita pasal sekolah
hari khamis 30/12: on the way balik, aku singgah kedai buku sekolah, niat di hati nak beli buku awal2, takdelah aku kelam kabut 1st day bukak sekolah nanti. Sampai sekolah, pak guard kasitau, kedai buku dah tutup (operating hours 9 pg - 1 ptg, ceh.. awalnya tutup, ingat mak bapak ni tak kena pegi opis ke?). Pak guard tu suruh dtg ari sabtu sbb esoknya tutup sbb public hol Msia menang bola. So.. hari sabtu aku pun pegi le sekolah lagi sekali. tengok-tengok kedai buku tu tutup. Pak guard (ni orang yang sama masa hari khamis tu) tu cakap hari jumaat bukak, hari ni tutup. Wtf!! Hari jumaat ke hari sabtu? cakap macam mabuk todi je..  sia2 tenaga aku bangun awal pepagi sabtu.
Esoknya ahad.. hari orientasi. ha.. sekolah anak aku ni, orientasinya dari darjah 1 sampai darjah 6. Lagi sekali aku kena bangun awal di hari cuti. Siapkan haziq pakai uniform sekolah. Persiapan sekolah dia tahun ni takdelah meriah sangat. Dah belajar dari pengalaman tahun lepas.
  • Baju beli 2 pasang je + lelain still boleh pakai dari tahun lepas (sebab tahun lepas mid-year gitu kena beli baru, ketat dan senteng esp seluar. cepat membesar anak aku ni). Brand pun yg jual kat jusco jer - aku tak beli canggih tahun ni (tahun lepas bodoh lagi.. muuahaha). Pada aku, 'rapport qualite prix' dia tak berbaloi. mahal! ada ke baju kemeja budak sampai 20 ringgit lebih. aku ingat dulu, baju sekolah aku harga berapa ringgit je. tu pun, kadang2 mak aku jahit sendiri. kadang2 je beli. er, aku nak jahit sendiri tak kose lah. mana aku reti. Hatta nak potong kaki seluar pun aku hantar tailor. muhahahaaa. bibik ku komen, "kalau ibu ada mesia jahit yang elok, saya boleh jahitkan aja" iyee bik.. tapi yang nak beli mesia jahitnya bukan ibu.. tapi minta sama bapak. iye tak bapaknye?
  • Kasut pun 2 pasang je (tahun lepas beli 5 pasang - 3 pasang yg murah, lepas seminggu mmg koyak rabak, lagi 2 pasang tahan sampai tgh tahun. pastu kena beli lagi 2 pasang sbb ketat dan koyak rabak jugak - isk! ganas ler budak ni pakai kasut sekolah). Kang tgh tahun entah2 kena beli lagi.
  • Beg sekolah - last year pun kena beli 2 kali. Mula2 aku beli beg ben 10, brand swan, ada ler dlm 70 ke 80 ringgit, jenis ada roda tu. Lepas 3 bulan, pemegang patah dan koyak. Ceh.. quality tak padan dengan harga. Pastu, aku beli kat kedai apek time balik kampung. murah le sket, tp still dlm 50 ringgit. Tahun ni, dia request nak beg yg takde roda (fuh! lega, murah sket kan dari yg ada roda tu) sbb kelas dia kat tingkat 2, senang nak angkut naik. So... cari nyer cari, ada beg transformer (tema kartun mesti wajib ada), harga pun murah jer, 1/3 dari harga swan tu - tu belum tolak diskaun jusco tu (iye! aku suka shopping kat jusco jer. tak mahal sangat). aku banding2 dgn brand swan tu.. nampak material kain lebih kurang je. Hehehe.. jimat duit. Kalau rosak lepas 3 months pun, takde lah terasa rugi sangat aku nak belikan yg baru.
  •  Alat tulis - ada beli yg ok sket, ada yang brand supermarket je. Tahukah anda, pensel kaler cap carrefour (yg panjang, 12 batang) hanya berharga 2 ringgit sekotak. Murah seehh... wpun aku dah beli yg lain kat jusco masa jcard day, aku beli lagi 2 kotak, buat 'spare'. Alat tulis ni mesti kena spare nyer ... sentiasa akan hilang or 'pupus' (anak aku suka asah pensel or kaler pensel dia, sehari je blh kontot sampai tak boleh pakai dah). aku harap dah naik darjah 2 ni, pandai lah sket dia 'jimat' alat tulis dia.
Sambung pasal sekolah.. sampai je sekolah aku terus beratur nak beli buku. En. K pegi kelas lepas perhimpunan utk settle kan bayaran yuran. Sejam aku beratur... pun tak sampai2 turn lagi, padahal depan aku tu ada dlm 6 or 7 orang je. Isk.. isk... mmg aku dah bengang dengan kedai buku ni.. lagilah bertambah bengang aku. En. K turun, aku suruh dia ganti tpt aku beratur, aku gi duduk sbb dah sakit2 pinggang aku berdiri. Dah sampai turn, order2 buku yg di kehendaki... ada pulak buku yang tak cukup. Diaorang ni tak kira ke berapa orang murid kat sekolah, nape tak order cukup2. Laaagilah aku bengang. Tak pasal-pasal kena pegi kedai buku lagi sekali lepas ni. Sungguh tak efisyen.
Dah settle semua, balik rumah dlm pukul 9.30.
Esoknya, hari isnin, just hantar haziq sampai pintu pagar je. tak payah nak kelam kabut.
Tghari pegi lagi sekolah, kali ni nak tengok kan haziq naik transport utk balik sekolah. Tahun lepas naik van, tahun ni naik kereta sorang akak tu sbb akak tu akan hantar ke kafa jugak sebelah petang. Jadual haziq sekarang sibuk le.. balik sekolah kul 1, pkl 3 pegi kafa sampai kul 5, then sambung mengaji kat situ jugak sampai kul 6. Lepas dinner buat homework. By 8.30 or 9, confirm dah hanyut di bawa mimpi. Letih wooo jadi budak sekolah.

cerita pasal ayra
ayra sekarang, kadang2 bahasakan diri dia adik, kadang2 kakak., kadang2 baby. Aku rasa dia confuse lah... sbb aku pun panggil dia macam2, ala2 confuse jugak. hahahaha.
  • Dah makin banyak cakap. Kalau naik kereta, rajinlah sembang dengan 'diddi'. kejap2 panggil 'diddi' bagitau something, kadang2 apemende dia nak cerita pun kitaorang tak paham... cakap jerman jugak ada. 
  • Bab berjalan... hmmm, masih belum berjalan. tapi dah boleh berjalan. ada one time tu, dia berjalan dlm 10 langkah, crossing our living room. tapi itu ler, 99% of the time, kalau suruh jalan, dia akan duduk and merangkak or menangis suruh org pegang tangan. Risau okehh... pesal lah anak aku yang sorang ni. ada problem kah? Minggu lepas aku tanya dr chan pasal ni. nothing to worry, as long as we know she can walk. baiklah kalau begitu. adik nak tatih pegang tangan or merangkak, haa.. mami biarkan. kang adik dah boring, adik jalanlah kot.
  • Kadang2, bila biarkan dia main sorang2, dia suka imitate apa orang buat. contohnya, letak tangan kat telinga sambil cakap "yo.. yo" senyap kejap. pastu 'cakap jerman' sambil kejap2 duduk, kejap2 bangun. konon2 tgh sembang telefon lah tu. muuahahahaha.
  • "E ek" - merujuk kepada segala macam kekotoran. termasuklah jerawat kat muka sesiapa yang dukung dia. ari tu adik aku dukung dia... aleh2 dia tgk muka, then cakap "e ek" sambil pandang2 kat area berjerawat tu. muuuahahahahahaha... sungguh lah aku tergelak kat situ.
panjang le pulak entry kali ni.
...