Amz
Bila bercakap pasal persediaan untuk bersalin, kali ni aku macam relax jer. Since gap anak kali ni agak dekat, banyak barang yg masih boleh di pakai. Rasa macam takde apa dah nak di beli esp kelengkapan untuk baby. Yang tinggal nak beli maybe diapers, botol susu, minyak telon, baby wipes and.... erm, itu jelah kot.
Kelengkapan mami baby ni, yang paling penting:
1. Set bersalin - last time ambik Nona Roguy, rasanya this time sama jugak lah. Aku dah siap2 register utk online membership (charge 30 sen je), senang nak beli barang nanti. Dulu, tengah2 pantang minyak herbaneka tu habis. Kenalah pegi beli kat kiosk jamu. Mahal!
2. Bengkung - minggu lepas aku survey bengkung. Yang aku dah ada bengkung jenis zig zag tu. This time rasanya nak beli bengkung tali (belum order) and bengkung zap (dah order kat sayangnyamama). Bengkung zap ni nak di pakai masa kat hospital, masa baru2 lepas bersalin before balik rumah. Kalau tak pakai, mmg rasa macam nak terjatuh isi perut. Dah balik rumah, baru boleh berbengkung betul2. Kena ada at least 2, utk tukar2 bila di basuh. On top of that, aku dah pesan mak aku srh bawak bengkung yg ada herba kat dalam, yg ni org tpt aku panggil barut je sbb dia kecik je, ada 3 tali jer pun.. fungsi utama nya adalah ubat yg ada kat dalam tu. Haa... so, ada 4 jenis bengkung utk aku pakai masa dalam pantang nanti, dgn harapan perut aku yang moncet ini akan kempis lah. Gila bengkung ke hapa aku ni?

oh yea, utk sapa2 yang nak checklist lengkap, bolehlah download dari website ini or klik kat gambar2 di bawah. Bagus tau author website ni, dia rajin buat ebook and kasi kat orang lain... all for free! Aku dah download checklist ibu and baby and panduan berpantang.Terima kasih banyak-banyak Pn Hanis. Banyak lagi info berguna kat situ yang blh di jadikan panduan.
 

Amz
Everytime aku kena pegi KL, mesti aku suspen sbb selalunya aku akan tersesat. Blame it on the roadsigns yang entah hape-hape, no GPS navi (en suami, bila nak pasang satu kat kereta ku?) and kepala aku yg tak boleh nak 'register' bab2 jalan ni (lagi dlm shopping mall aku sesat, inikan pulak KL).
So, this morning aku terpaksa pegi meeting kat KL. Highlight kat word terpaksa tu, kalau tak terpaksa, takdenya aku suka suki nak pegi sana sendiri. Aku pernah terpusing2 kat area bukit bintang tu selama sejam, tak sampai2 jugak kat jalan sultan ismail. pergh.. mmg aku gerun sket le nak pegi area2 sana tu.
Pagi ni, kena pegi jalan stonor.
hookaay... tengok peta yang aku dah download siap2 kat laptop, dekat je dgn jalan tun razak. kalau setakat jln tun razak tu aku blh sampai, ambik je mex keluar kat situ, no problem. yg problem nya lepas2 tu lah.. aku mmg blur.
dari jln tun razak, aku pun dgn segala ke'siputan' slow nyer masuk lorong kiri sekali (kereta2 belakang aku sure dah menyumpah2, apa aku kesah? yg nak sesat pastu bukan diaorang tapi aku). tup tup lagi 5 meter dari satu simpang, ada signboard belok kiri utk ke jln stonor. sign board tu plak letak lepas simpang tu. Kalau ikut logik, sign board dulu baru simpang, kan? hmm, nak turn sini ke nak turn simpang lepas ni? Tapi, sign board kat msia ni bukan nya ikut logik sgt, main suka hati diaorang je yang letak. Dah banyak kali aku terkena. Nekad, aku turn je kat situ. Fuh! sib baik betul.
Di pendekkan cerita, dlm 2 jam setengah, aku ke kl, ada meeting, then be back here kat opis ... yes! yes! sudah tidak sesat lagi.
Tapi, utk ke jln stonor tu je lah. Jangan suruh aku ke tempat lain pulak.
Amz
aku baru je bukak pagar and nak masuk dlm kereta bila bibik aku bagitau ada orang dari rumah depan baru je buang sampah kat depan rumah aku - kat tgh jalan berhadapan dgn pagar rumah aku.
haipp! memang betul ler ada selonggok sampah sarap kat situ. Apa kes pulak jiran depan aku ni buang sampah kat sini? imagine sampah yang dah 4 hari tak kutip (cuti raya cina lori sampah tak datang) ada kat depan rumah aku. Orang depan ni gila ke hapa? Tak boleh buang kat rumah sendiri ke? Hangin le aku pepagi ni.
Aku tengok kat rumah tu, sedap2 ada sorang pompuan berbaju kuning tengah cuci tempat sampah. Berjalan le aku ke sana, terus tanya kenapa dia buang sampah depan rumah aku. Diplomatik tak aku? Konflik baru nak bermula ni...
Dia cakap, tak, bukan dia yang buang tapi orang sampah.
Huh, orang sampah?
Orang yg kerja kutip sampah, yang pakai baju kuning. Dia yang buang situ. Tak percaya tanya uncle sebelah tu.
Oookaayyy... aku senyap je - nak percaya ke tidak ni?, jalan balik kat rumah aku dulu sambil aku pikir.
.....
Tipu tu Ibu, saya nampak sendiri dia yang berjalan dtg sini buang sampah, lepas tu balik ke rumah dia. Baju kuning tu, baju dia lah. Bibik aku report balik. Dia - merujuk pada bibik rumah depan yg pakai baju kuning, sama dgn warna baju org buang sampah.
Aku tengok kiri kanan depan belakang, takde kelibat lori sampah pun. Selalunya, kalau diaorang kelaurkan sampah tu, lori sure ada kat hujung jalan je. Hmm... time ni aku tengah pikir ni, nak mengamuk ke nak biarkan je. Nak tanya uncle2 kat situ, sumer dah masuk rumah. Kalau kucing or anjing koyakkan pastik2 sampah tu, sure penuh sampah sarap depan pagar aku. Nanti orang ingat aku pulak yang pengotor buang sampah merata2. Lagi satu, secara logiknya, kalau orang kutip sampah tu nak letak sampah kat situ, sure dia keluarkan sampah dari semua rumah, pesal plak dari satu rumah je. Tak logik!
Ok ler, aku suruh bibik aku letak sampah tu kat kat atas rumput tapi jauh sket dari rumah aku, takdelah depan rumah aku but lebih dekat dgn rumah depan tu.
Eeeuuuiii... berair2, busuk and penuh ulat2 atas jalan depan rumah aku. yuck! yuck! nasib baik aku takde morning sickness dah, kalau tak, sure aku muntah kat situ.
Pastu, tiba2, Mem rumah depan tu bukak pintu, aku tak nampak muka dia tapi aku nampak le tangan dia - gaya macam marah le sbb sampah tu sekarang kat area depan rumah dia sket.
Ha! tau pun ko nak marah kalau orang letak sampah dekat dengan rumah ko pulak. Kalau tak puas hati, meh sini, kita gaduh. Nekad aku dah time ni. Gaduh pun gaduh la.
Aku tunggu je depan rumah aku tu. Tak keluar2 jugak dari rumah dia.
Lepas 5 minit macam tu, aku nampak lori sampah lalu. OK, bagus, blh aku soal jawab dgn orang kutip sampah ni plak.
"Awak ke yang letak sampah kat depan sini?"
Budak kutip sampah tu angguk, sengah2. muda lagi budaknya, dlm belasan tahun kot. Aku cekak pinggang.
"Kenapa buat macam tu? Ni.. berair, berulat .. habis kotor depan rumah saya. Kucing pun dah koyakkan plastik2 sampah tu. Bersepah sampah"
"Mintak maaf kak, dia baru kerja" Pekerja lain pulak backup budak ni.
"Lain kali jangan letak sini lagi. Biar je lah kat dlm tempat sampah tu sampai lori datang. Ni, habis kotor. Sapa nak cuci?" pot pet pot pet (lantak le korang kena leter, sapa suruh buat aku marah pepagi Isnin ni)
....
Ok, kesimpulan aku... mula2 budak sampah tu angkut sampah dari tong sampah jiran aku letak depan rumah aku (ni, bibik aku tak nampak). Pastu, budak sampah tu tak sempat nak keluarkan sampah dari rumah lain, pekerja lain suruh dia stop jangan buat gitu. Pastu, bibik rumah depan tu bawak keluar pulak plastik sampah lagi pegi tambah kat longgokkan sampah tu (ini yang bibik aku nampak). Kebetulan, baju dua2 tu kaler kuning.
Dem!
Budak sampah ni dah buatkan aku berkonflik dengan jiran aku, di sebabkan sampah. Mmg sampah betul lah.
Ok, aku malas nak pikir, lantak lah.. konflik pun konflik lah.