Amz
Sedar tak sedar, sekarang dah masuk hari ke-33 berpantang. Less than 2 weeks to go and then ... aku bebas!! Kali ni aku berpantang sendiri je lah. Al-maklum dah masuk kali ke-3, semua pun assume dah tahu, so pandai-pandai sendiri lah ye. To be honest, aku pun still blur jugak kadang2 bab nak berpantang ni.. kalau tak call org tanya, aku tanya enik gugel je lah.

Kali ni bersalin normal jugak. Biggest baby among my 3 children. Ha, tengok tu gambar Azra masa umur sebulan, tembam! Alhamdulillah, walaupun baby besar,time bersalin - intact i.e. takde episiotomy / koyak or berjahit. Rasa sengal-sengal 3,4, hari je, lepas tu dah ok. Recovery process agak cepat kali ni. Persediaan aku kali ni:

a. Utk lepas bersalin, aku pakai New Mama Bottom Spray from here tiap2 kali pergi toilet. Utk kurangkan rasa tak selesa. Lepas spray tu, rasa sejuk je. In fact, sebelum bersalin lagi aku dah pakai spray ni sbb masalah buasir.

b. Untuk masalah buasir ni, macam-macam ubat aku dah ready kan. Berdasarkan pengalaman 2x bersalin, ini memang lah part yang paling menyakitkan semasa berpantang. Seksa hokey kalau kena buasir ni. Walaupun aku makan satu mangkuk sayur sawi sehari, aku still ada masalah sembelit, dan akan menambahkan masalah buasir. Sampai berdarah menitik2, hokey. Sakit tau!! Pendek cerita, utk tidak menyeksa diri sendiri, aku guna:
 - duphalac : ini utk soften the stool, mintak dari doktor lepas bersalin.
- daflon : untuk kurangkan bengkak, pun doktor kasik
- minyak rox oasis: boleh beli kat kedai jamu je
- phytonatal : ubat lepas bersalin, and mmg bagus utk melawaskan pembuangan yea
*selepas 5 hari, dah nampak kesan. lega...*

c.Set bersalin NR: ikut keserasian badan, aku pakai yang ini aje. Senang dan mudah.

Pagi2 bertungku kejap (kalau aku terasa rajin). tapi bertungku ni sangatlah mengantuk.. asyik nak lelap je mata.
Mandi daun2 - jangan tanya aku daun apa yg di rebus. aku tak tau. kadang2 campur dengan uncang cuci herbanika (since tak habis2 lagi, baik guna kan, hahaha..suka hati je)
Akar herbanika : buat utk minum2, campur dengan madu satu sudu, minum sebelum breakfast, lunch, dinner and bila2 teringat nak minum.
Bab air, aku mmg takde pantang2.
Amz