Amz
Nak buat sesuatu hendaklah berfikir dahulu
Nak beli barang hendaklah buat research dahulu, barulah boleh jadi pengguna yang bijak... ceewahh, macam slogan pulak lah yea.
Ini, kisah mesin jahit lagi lah... what else? dah obses macam ini lah kekdahnya.
Since sekarang aku kena kerja hari sabtu (iyeeee... sungguhlah tidak best bila kena kerja time weekend), maka aku ambik hari ini, khamis, sebagai hari aku berpoya-poya. kenapa bukan hari jumaat? sebab hari jumaat adalah hari aku bersiap2 sedia utk kerja hari sabtu aku... hehehehe, biasa ler, last minute! bersiap sedia awal2 karang aku lupa lah pulak skrip. Lepas pegi berpoya-poya - hokey, aku pegi grocery shopping aje pun; note kecik, best jugak beli barang2 weekday, takde orang. no stress. - on the way back, tetiba terpandang satu sign-board kedai mesin jahit, ala, yang menawan keluarga bahagia tuuu, so terkial-kial cepat-cepat carik simpang nak corner masuk. semestinya kereta belakang dan tepi sumpah seranah aku... hehehehe, sesuka hati je slow kereta 5km/j sbb carik simpang masuk tak jumpa. tak kesah.. sebab hari ni makcik senah nak buat kajian pasal mesin jahit. pakcik dolah nak hon kereta pun hon aje lah...
masuk kedai, tanya tokey:
  • ada jual mesin 2nd hand tak? errr..mesin jahit
  • ada, tapi model lama sikit, harga paling murah dlm 600.
  • ayoohh, mahalnya. bajet saya 200 saje, ada ke?
  • takde. <--- isi penting #1 : 2nd hand pun mahal, better beli baru, kan?
  • kalau ada mesin lama jenis berkaki tu, kalau bukak kepala dia, boleh pasang motor ke? (apa aku cuba tanya kat sini, kalau mesin jenis berkabinet tu, boleh tak dia jadikan portable. tapi, ayat aku.. ampun.. tonggang langgang. nasib baik le tokey kedai tu paham)
  • boleh. kos nya dalam 300 lebih lah. <--- isi penting #2:modify mesin mak yg lama pun mahal jugak. baik beli baru jer.
senario lepas itu adalah aku mulalah membelek2 model2 mesin jahit baru kat kedai tu. ok jugak, tapi masih agak bulky lah mesin portable ni. (iye lahh.. aku still bandingkan dengan mesin kenit aku yg dah rosak tu. memanglah rasa besar). model paling basic and murah dlm 700+.  dalam katalog ada pulak tunjuk model baru jenis berkomputer yg akan keluar bulan ogos. harga pun maybe agak murah. hmm... perlu kah aku tunggu?
balik rumah, ada sedikit rasa tak puas hati...
aku cuba repair mesin jahit kenit tu lagi sekali.
tiada harapan.
tidak dapat di selamatkan lagi.
so... kena lah beli baru kot.
just in case aku terasa nak menjahit nanti (macamlah ada banyak masa lapang yeee)
berangan nak jahit baju kurung untuk si kakak &si adik.
nak beli, bajet dlm 100. mahal hokey considering baju diaorang cinonet je. pastu nak pakai sekali dua jer, pastu mesti tak muat dah.
nak tempah, upah saje dah 50+ ker 70+ masa tanya tailor, belum campur harga kain
so, kalau aku jahit sendiri, tahun ni dah jimat kos 100.
kalau harga mesin 1000, 1000-100 tinggal 900 lagi.
erm.. dlm 10 tahun boleh lah cover harga mesin tu .... hahahahahahaaa... itu logik aku lah. kes menjahit setahun sekali.
Amz
entry ni takde kena mengena dengan kisah cinta monyet ke cinta tak monyet ke. sebenarnya ini adalah kisah obsession yang terbaru aku. Aku ni jenis yg kejap2 obses dgn mende A, pastu kejap2 obses dengan mende B... banyak obsession gitu.
dua tiga hari ni hari2 bukak google, forum etc utk cari info pasal mesin jahit. nak jadi cerita, mesin jahit kecik comel aku tu dah rosak. dunno why or how, tetiba org cakap rosak. as mummygyver (macam mcgyver hokey) aku pun ambik screwdriver, berpandukan guide kat internet, bukaklah mesin jahit mini tu. korek sana korek sini... rupa2nya tempat letak bobbin kat bawah tu macam patah. maklum ler mesin jahit ni plastik je, so kalau jatuh boleh lah pastik tu patah. murah ler katakann.. walaupun murah tapi dah banyak jasa. R.I.P yea "smart lady" - brand mesin. kesian... kesian... kesian...
pastu, obses pulak bukak mudah, google sana sini - nak carik mesin jahit 2nd hand or yg baru murah2 je. Aku pun bukannya pandai jahit. Kadang2 jer aku menjahit pun - ada ler setahun dua tiga kali, muuuahahahaha, bibik aku yg selalu guna mesin tu. Tak banyak nak di jual, kalau ada pun mahal ( >300 , bajet aku 300 jek) or mesin jenis lama. Yg lama tu... umah mak aku ada 2, tapi camna nak bawak balik sini, kereta tak muat.
pastu... baca sana, baca sini, aku sudah jatuh hati dengan yang ini:
Brother NV-30 from LSN

mesin jahit zaman sekarang ni canggih, berkomputer. katanya, beginner pun boleh menjahit dgn baik.. uishh, teruja aku ni! kot2 lah lepas guna mesin ni boleh naik taraf jadik level intermediate ke.. hehehehe. Tapi, harganya pun canggih jugak ler.. RM1299. ... la la la .. nampak nyer lambat lagi lah aku nak dapat mesin ni. Beli mahal2 kalau jadi kes hangat-hangat taik ayam tak ke en.K ketuk kepala aku nanti.
But, aiii looiiiikeeeeee!! muchos muchos
beli lah kan satu... nak.. nak...