Amz


Entry ini adalan utk catatan development Adik (macam rajin je buat catatan, padahal ada ler dua tiga kali setahun.. hehehe).
Genap umur 4 bulan @ 16 ogos, adik dah boleh meniarap sendiri. yea!!!!
sebelum ni mmg dia berusaha keras nak meniarap, letak jer kat bawah mesti nak mengiring ke tepi, lepas tu terkial2 tangan dan kaki dia (on one side only) nak kasik momentum utk terbalikkan badan. Kalau ada orang kesian (selalunya si Abang lah yg terlebih kesian kat Adik) maka adalah yg tolong adik tiarapkan badan. Kali ni, dlm dia terkial2 tu, tiba2 terbalik sendiri. Eh, dah meniarap? kebetulan kot.. Tak lama lepas tu sekali lagi ... kalau 2X, mmg bukan kebetulan. Tukang report nya adalah MakCik - mummy sibuk buat mende lain time tu.
Lepas tu bila biarkan Adik cuba sendiri... terkial2 lagi. "Kalau ada bantal lagi senang, takde bantal susah sikit dia nak tiarapkan badan" ohhh, gitu pulak yea. Kiranya, Adik boleh meniarap tp kena ada bantal lapik kepala. Okaylahhh... macam2 mana pun, asalkan dah boleh.
yea yea yea!
Labels: 1 comments |
Amz
Malam ini rumah sunyi sepi.
Adik dah tidur. Nampak tanda putih2 kat muka Adik? Itu adalah kapur yg dicalitkan kat tpt gigital nyamuk. Apa rasional nya letak kapur aku pun tak sure. Maybe sbb kapur beralkali kot. Yg penting di sini, habis muka dan kepala si kenit ni kena gigit nyamuk semalam. Sekarang tengah tidur kekenyangan sebab baru lepas minum susu. Sebijik macam perangai Abang - bila kenyang, mata pun berat. Hehehe...


Ini pulak si Abang ... lagi awal tidur dari Adik. Lepas orang bukak puasa dia dah belayar ke alam mimpi. Dah dua hari tak puasa, sebab sakit tekak sampai tak ada suara. Petang semalam na bercakap pun suara tak keluar, hari ini slightly better but suara masih serak. Dlm gambar tu, dia tertidur dgn kereta-kereta kecil nya. Nampak tak kain kecil kat atas kepala tu, ha... itu lah hasil projek jahitan yang di buat khas utk Abang - cozy car mat. More on this project will be posted in my new sewing blog later.

Mana orang lain? Kakak dah kena 'kidnap' ke rumah Opah. Memang sunyi rumah kalau Kakak tak ada. Selalunya mulut dia lah paling riuh. Sekarang ni phase Kakak suka bercerita ikut imaginasi sendiri. Bukan main lagi petah cerita itu ini, tapi ada saja element yang tak pernah terjadi. Contohnya, kalau tanya kenapa kakak menangis, nanti dia cakap abang buat, padahal abang nya ada kat sekolah masa tu. Hihihihihi... suka hati dia ajelah tokok tambah cerita.
En K berbuka di luar atas urusan kerja. Tinggal aku berbuka puasa dgn Bibik aje lah. Malas masak, beli bihun goreng sorang sebungkus, murtabak, kuih muih sket, cukup lah. Itu pun dah kenyang.
Labels: 0 comments |
Amz

image from here

Azra sudah hampir berumur 4 bulan, and this mummy sedang menghadapi krisis keguguran rambut... chronic hair loss problem. Sekali sikat rambut luruh segenggam, kat getah ikat rambut pun melekat rambut gugur, kalau shampoo rambut pun penuh kat drain tempat keluar air tu. oh my... oh my... semakin botak lah mami yang mmg sedia ala2 botak ni. Risau hokey.. sbb rambut kan mahkota wanita. kalau sudah botak... takde lah mahkota lagi. huhuhu...tak best.
Pagi ini pun sama, lepas mandi and sikat rambut... adalah dekat 2 kepul rambut gugur. ohh emm geee. i think i need help. Tak boleh jadi... kena cari bantuan en gugel ... postpartum hair loss.. a few click click later, here's what I find out from here:


Many new moms notice hair loss - sometimes quite dramatic - around three months postpartum. This is a normal - and temporary - postpartum change that is unrelated to breastfeeding.
Following is how the hair growth cycle works:
All hair has a growth phase, termed anagen, and a resting phase, telogen. On the scalp, anagen lasts approximately 3 years, while telogen lasts roughly 3 months, although there can be wide variation in these times between individuals. During telogen, the resting hair remains in the follicle until it is pushed out by growth of a new anagen hair.
-- 
from Telogen Effluvium by Elizabeth CW Hughes, MD
Normally, around 85-95% of your hair is in the growth phase at any point in time, but the hormonal changes during pregnancy stimulate an increase in the percentage of hairs in the growth phase. As a result, many women enjoy thicker hair during pregnancy, as more hairs than normal are growing and fewer than normal are resting/shedding.
With the birth of your baby (and the hormonal changes that accompany birth), a larger number of hairs than normal enter the resting phase. Since the resting phase is followed by hair shedding (and regrowth), new mothers will experience greater than normal hair loss once the resting phase ends.
Postpartum hair loss commonly starts at around three months after birth. The amount of time between childbirth and the onset of shedding corresponds to the length of the resting phase of hair growth (between 1 and 6 months, with an average of three months). The hair loss can seem more extreme if your hair grew much more than normal during pregnancy, or if you have long hair. Most women will return to their usual hair growth cycle within six months, or between 6 and 12 months after birth.
If you feel that your hair loss is greater than the norm, or if things are not back to normal by the time your baby is 12 months old, then see your doctor. Excessive hair loss can be caused by common and easy-to-remedy postpartum conditions such as hypothyroidism (low thyroid hormone) or iron-deficiency anemia.

What can you do while you wait for your hair to return to its normal growth cycle?

  • Get a good haircut. Some moms choose this time to get a shorter haircut or one that requires less care.
  • Experiment with different hairstyles.
  • A good quality shampoo and conditioner may help.
  • Try different styling products, such as mousses or texturizers that "bulk up" the appearance of your hair.
  • Avoid using a brush or comb that pulls or stresses the hair.
  • multivitamin/mineral supplement may be helpful. Make sure you're getting enough protein.
fuh, sebenarnya problem ini adalah normal. lega! Okay, so now i'm off to cut my hair short. Dan berdoa agar tidak menjadi botak chin (korang tahu ke sapa botak chin ni?) sementara nak tunggu Azra berumur setahun. 


Ini lah parts and parcels of being a woman and a mother. Man doesn't suffer like this, nak anak, esok lusa isteri keluarkan anak, senang! Kesian kesian kan lah isteri korang yea.

p.s: En K, you might want to expect to see this mommy with a new haircut petang nanti yea. Sila jangan terkejut.
Amz
Amz
Hari ni dah masuk hari ke 5 berpuasa. Resolution to eat healthy is somewhat ... goyah. Dah beli banyak fruits and vegetables masa start puasa- the vegetable eating-part is quite easy, as it was part of lauk pauk, but the fruits part is quite difficult. Rasa macam tak boleh nak makan buah lagi dah lepas bukak puasa... mostly sbb dah kenyang. Melantak tak hengat time berbuka. Yang rajin makan buah adalah Kakak . Compared to Abang, she ate more fruits and vege. (Mami dgn Dedi pun sama lahh.. tak makan buah... hehehe) Abang pulak, cedukkan sayur masuk pinggan, dia tolak pegi tepi2. mmg tak luak lah sayur tu. kalau ada sesape tegur, baru lah nak masuk dlm mulut secebis. Kakak... mmg suka makan sayur. Takde masalah. Dia buat ratah aje sayur2 tu.

This year masuk tahun ke-2 Abang berpuasa. Tahun lepas hampir penuh, with the exception of one or two days. This year harapnya dapatlah puasa penuh. Dah makin biasa berpuasa, takde lagi episod guling-guling atas lantai bila Mami balik kerja petang-petang. Cuma, bila Kakak makan depan dia, mulalah tak tahan godaan. Merengek-rengek mintak nak makan. Kesian...Takpe, belajar tahan godaan.
Malam2 ikut Dedi pergi terawih kat surau. Ada satu malam tu, lepas berbuka terus tertidur. Sebijik macam cerita Upin Ipin. Kesian tengok dia.
Mami tak ikut pergi terawih sbb Kakak tak nak duduk diam-diam. Dah cuba 2x, tapi bila jer nak masuk saf, dia pun nak mintak dukung. Kalau tak angkat, mulalah menangis. Kalau dah angkat, boleh pulak cakap-cakap komen macam2 ... sabaaarrrr je lah. Balik rumah ajer lah kalau macam tu punya cerita. Tahun depan cuba lagi.Tunggu besar sket.
Cerita pasal anak-anak, favourite diaorang sekarang ni Upin Ipin. Sebelum bukak puasa, dlm pukul 7 gitu, ada upin ipin kat tv. Mami &Dedi pun tumpang tengok sekali esp. kalau ada episod yang belum pernah tengok lagi. Hahahaha... best jugak layan kartun ni. Macammana aku tau episod tu dah pernah keluar ke belum? ha... sebabnya tiap2 malam sebelum tidur Dedi bukak Upin Ipin, kira macam bedtime story utk si Kakak. Tengoklah sampai dia tertidur. Terngiang2 kat telinga lagu upin ipin tu. Dialog pun dah boleh hafal. Banyak pengaruh Upin Ipin ni. Salah satu nye pasal puasa:
Abang: Kenapa Haziq je kena puasa, kenapa Kakak tak puasa?
Mami/Dedi: Sebab dia kecik lagi. (conversation ni adalah berulang kali, rasanya macam tiap2 hari kena repeat  mende ni - kadang2 aku jawab, kadang2 en k jawab)
Abang: Habis.. upin ipin  tu kecik jugak, boleh jer puasa.
Mami/Dedi: Upin ipin tu dah tadika, kakak kan baru berapa tahun...
duh...macam-macam lah budak-budak ni kan.

Adik .. dah 3 bulan setengah, setakat ni baik jer... main sendiri, tidur sendiri, layan diri sendiri. Kesian, dah #3 kan, gitulah nasib badan. kesian kesian kesian. Dah hampir2 nak meniarap, tapi belum berjaya lagi. Dah pandai buat bunyi mcm sembang-sembang... dari gaya bunyi2an tu, ada harapan jadi peramah bila besar nanti. Berat dah 6.78 kg, timbang masa pegi ambik immunisation injection kat dr chan hari ahad sebelum puasa ari tu. Adik mok mok, kata Kakak. This time ambik triple antigen + rotavirus 2nd dose + pneumoccocal 1st dose. Kena 2 jarum; satu kiri satu kanan. Melalak habis2an lah Adik. Rotavirus titis dlm mulut. Pun melalak jugak. Dengar satu klinik. Tapi aku pikir senang ambik semua sekali gus sbb nak pegi klinik dr chan skrg ni ambik masa jugak, dah call buat registration pun kena tunggu dlm 40 minit. kalau tak call, alamat lagi lama lah nak kena tunggu. kalau tiap2 bulan nak buat rutin gitu... malas ler, tak kose nak tunggu lama-lama dua tiga kali. tambah2 bulan puasa ni kan. leceh. Adik nangis dlm 2,3 minit jer.

Anecdote:
Satu petang tu, sambil tengok tv - aku tengah kusyuk tengok tv ni. Adik baring kat sebelah dan Kakak ada kat tepi adik, tengah main sorang2. Tiba2 aku maca terdengar Kakak cakap "pipi mok mok.. pipi mok mok", bila pusing tengok, rupa2nya dia tengah picit2 pipi adik dia yang tembam tu sambil cakap pipi mok mok. hahahahaha.... kesian lah adik.
Labels: 4 comments |
Amz
Ramadhan has come, and alhamdulillah thanks to Allah that I have this opportunity to once again embrace this blessed month. This year, en K and I have decided to be moderate i.e. berhemah dan bersederhana, especially vis-a-vis food for berbuka (break fasting) and sahur. First day of sahur, we just had white rice, ikan keli masak cili and sayur campur, with hot tea. For berbuka, I originally planned to cook some nasi tomato, but seing that my maid had defrosted the ikan siakap (seabass/ giant perch), we decided on siakap steam halia & lemon (aku nak masak siakap steam halia tapi limau nipis takde, lemon je ada - campur aje lah), kangkung goreng belacan, vegetable soup and fried omelette; I reserve the nasi tomato menu for another day. Not that I am keen on cooking these days, but a mom has to feed her family, right? Karang ada yang kebuluran pulak.
My new hobby is...... sewing!
hahahaha.... tengah obses dapat mesin baru. yes, we bought the machine, a present for me from en K (very... very belated birthday present - complaint heh! at least dapat jugak hadiah drpd takde langsung ).
I love it! I love it! I love it!
Some of my works - making pyjamas for my 3 darlings.(mood show off .. muuhahaahaa).


That being said,

Salam ramadhan untuk semua!
Labels: 3 comments |