Amz
Sedar tak sedar, minggu ni dah mula cuti sekolah. Persoalan paling penting untuk aku  -anak nak letak mana masa cuti sekolah ni? Yang kedua penting - program cuti sekolah untuk anak.
Menjawab soalan pertama:
nak kena tanya tempat transit, tapi haruslah jawapan tak memberansangkan. dah nama nya tempat transit, time cuti sekolah budak tak pergi sekolah - so, no transit. Mungkin boleh hantar jugak kat sana, tapi kena extra charge lah. kat bandar ni macam ni lah... semua nak kira duit. takde duit tak jalan. Aku rasa paling senang, bawa lah anak aku ni datang opis setiap hari. (sorry boss, saya takde maid kat rumah dah, takkan nak tinggal anak saya sesorang. Be OK with it! Tak OK, kang aku resign kang)
Dan juga menjawab soalan kedua:
program cuti sekolah - dah ikut datang opis kan, plan aku hari-hari nak suruh Haziq buat revision. heheheheheee... ha, kan dah kena. sapa suruh ikut Mummy datang office kan. Takkan hari-hari nak tengok Running Man je kerja nya.
Sebenarnya, tujuan aku nak catch up segala pembelajaran yang dia untuk setahun dua yang lepas. Prestasi semasa tu agak menurun, walaupun masih maintain kelas paling atas. Ada sekali tu, aku pergi report card day, lambat lah sikit sampai kat sekolah tu, dapat nombor giliran 20.
Bising Haziq pot pet kat aku, "nape mami lambat? kawan-kawan ramai yang dah balik"
Aku jawab balik "Dah Haziq pun dapat number 20, mummy ambik numbor 20 lah. Lain kali kalau dapat number 40, jadi lah orang yang last sekali balik"
Muhahahahaha....
That year, tak dapat 5A pun. Banyak subject merosot.
Rupa-rupanya, anak aku ni rabun.
Tak pelik di situ. Aku pun pakai spek. En K pun pakai spek.
Yang pelik... masih sekolah kebangsaaan dah kena pakai spek?
Kata ophthalmologist tu, mata dia ni sensitive pada cahaya. (ohh..patut lah tak boleh panas, kalau panas jer mesti ada tahi mata). Tambah pulak suka gosok mata, suka mengadap screen komputer and tv. Rabun lah. Kena pakai spek yg tinted sket. Power pun tinggi dah... dlm 200+. ermm.. aku pakai power banyak tu pun masa dah nak habis hujung2 masa mengaji U dulu.
Aduhaiiii anak...
memang Mummy rasa bersalah, sebab tak detect awal rabun mata tu. Kalau detect awal, mungkin tak teruk macam ni.
haruslah kat sekolah dalam kelas tu tak nampak apa yg cikgu tulis kat papan hitam. cikgu pulak suka letak dia kat belakang, kat sebelah meja guru (susun atur dalam kelas, papan hitam di depan, meja guru di belakang, tak macam zaman aku sekolah dulu, papan hitam dan meja guru kat depan)... sebab dia ni suka berjalan-jalan, jenis tak reti duduk diam.
awal tahun ni, aku pesan kat cikgu kelas, letak dia kat depan, sebab dia ni rabun.
Alhamdulillah, ada peningkatan. Exam hujung tahun ni dapat 5A, and tempat ke-3 keseluruhan.
Tapi itulah.. aku still tak puas hati.
Nak kena buat revision balik utk yg last year punya syllabus - mungkin ada bahagian yang dia tak paham sebab tak berapa nampak dalam kelas.
....
Untuk minggu ni, ada program kat tempat keje aku ni, untuk budak-budak - Kids Game Lab. Something fun for him to do. Belajar buat game.
Asyik main game je.
Sekarang, sila buat sendiri.
Heh... mentang-mentanglah Mummy kamu ni cikgu IT, anak pun kena train area2 IT jugak ke? 


Itu pasal si Abang,
untuk si Kakak.. pun minggu yang sibuk untuk dia.
Hari ni pegi lawatan, esok pun lawatan.
Risau nak kasi pegi lawatan.. baru 4+ tahun pun. Lucky, ada polis escort. Dan, dekat aje pun. Dalam area kawasan perumahan jugak. Hari ni dia pergi Domino's. Best kot sbb boleh makan pizza.

Yang takde program.. si Adik - tak di benarkan ikut lawatan sebab di bawah 3 tahun. Kesian Adik... pagi tadi dah nangis masa nak turun kereta. Selalu nya dia happy aje nak pergi taska. Hari ni lain pulak mood nya. Siap kena dukung masuk ke taska. Hu hu hu..
Takpe lah Adik, kalau ada masa, hari cuti Mummy bawak pergi jalan-jalan.

Amz
Dah masuk hujung tahun pun. Cepat sungguh masa berlalu. Banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku sekarang ni.
Yang utama: Bibik-less
Bulan puasa hari tu, aku fired bibik aku yang dah kerja dekat dalam setahun setengah dengan aku. Sebabnya.. aku dapat tahu dia suka cubit2 jerit2 kat si adik kalau dia tak nak tidur siang. Helllloooo... aku gaji dia bukan untuk cubit anak2 aku. Kalau si adik tak tidur, dia pun tak dapat tidur siang lah. GRRRRRR!!! Hangin aku bila dapat tahu. Lepas edisi siasat di jalankan, dapat tahu pulak ada sedara dia yang datang rumah time aku kat opis. Kalau tadi baru darah mula panas kan... time ni dah mendidih menggelegak darah aku.
Suka hati kepala bapak mak ko... rumah aku, ko suka suki bawak stranger yg aku tak kenal datang ye!! 
Bukan aku tak pernah bagitau.. selalu aku bagi tau dia before aku pegi keje, time aku takde, jangan kasi sesiapa masuk rumah. kunci pagar, kunci pintu semua.
Damn!!! memang dasar tak boleh buat baik.
Di pendekkan cerita, sila kemas baju, esok lusa beli tiket kapal terbang, balik Indon. Malas aku nak simpan lama2 kalau dah mula buat perangai.
...
Tapi, aku ni kadang-kadang buat keputusan tak pikir panjang kan...
dah takde bibik.. sapa nak jaga anak-anak aku?
Cari bibik baru... test dua tiga orang... semua hampeh. depan agen apa-apa syarat semua ok.
"Kontrak kerja mesti 2 tahun ya"
Angguk.
Bawak balik rumah... sembang-sembang keluarlah cerita macam-macam.. "sebenarnya Ibu, saya cuma mahu kerja sekejap saja. Nanti suami saya mahu datang Malaeesiyaa.. saya mahu ikut suami saya kerja"
Dah ada pengakuan macam tu.. ko nak cakap apa? Aku nak paksa dia kerja sampai cukup kotrak 2 tahun.. tak pasal2 dia lari ikut laki dia tinggal anak2 dalam rumah time aku kat opis. Nak ambik kerja sekejap.. tak berbaloi nak bayar agent 7k 8k.
Aku orang ikut logik.. bayar banyak tu.. kalau kerja bawah 2 tahun, memang tak balik modal. Itu.. belum lagi jenis yang demand nak gaji 700 or 800.
Last2... hantar balik.
Cuba pulak cari yang local.
Ini pulak.. tipah tertipuuuu..... konon nya dia ni orang tengah lah, boleh bawak pembantu dari kuala krai. tapi nak mintak deposit dlm beberap ratus. aku mula2 macam was,2 tapi lepas dapat no phone, no ic and nama penuh, akhirnya terpercaya jugak selepas aku call sembang2 dgn perempuan itu. bayar lah jugak sket.... tunggulah bibik nya sampai........ sampai hari ni tak sampai.
memang dasar pemakan duit haram. aku memang tak halal duit aku.
Ni detail si penipu itu:
Rohani Binti Hamzah@Ariffin
Alamat: d/a azman abdullah unit rekod perubatan h.u.s.m jln raja perempuan zainab 2 kuala krai kelantan
No IC: 750910-03-5310

*Jika ada sesiapa kenal perempuan ini, sampai kan pesan aku ... selagi tak pulangkan duit aku, aku takkan halalkan walau sesen pun. Moga2 Allah aku beri balasan yang setimpal dengan perbuatan dia kat aku.
.................

Stress hokey... stress... kena tipu pulak tu... lagi stresssss...

Sebenarnya anak-anak aku ok jer.. seronok diaorang pergi taska, ramai kawan, banyak aktiviti. Utk si abang, takde hal sangat, balik sekolah terus transit kat tpt kafa. mandi makan kat sana instead of balik rumah.
Yang tak larat nya.... mak diaorang ni lah.
Pegi opis... keje banyak.
Balik rumah... uruskan anak2, masak, kemas. Walaupun di bantu oleh En K and si abang... aku letih. Letih... stresssssssssssssssssssssssss.............
kadang-kadang rasa nak masuk dalam kepompong.. duduk diam2 tak payah gerak-gerak... takde bunyi bising.
Entah lah...
mungkin pada orang lain kerja-kerja rumah ni biasa-biasa aje.. takde hal, boleh buat.
tapi aku..
tak boleh..
tengok dapur bersepah ... serabut
tengok kain baju menggunung... serabut
baru nak duduk seminit.. kena bangun balik... ada ajer kerja nak kena settle.
Rasa macam takde rehat. Kat opis sibuk, kat rumah sibuk.
Senang cerita..
AKU BUKAN SUPERMOM!



Amz
Target aku nak kuruskan badan sket. Jadi, sekarang ni aku dalam proses menjaga pemakanan a.k.a. diet. Iye... aku tahu perkataan diet tu membawa makna makanan yang kita makan. Makan sikit ke makan banyak ke, it is still your diet. Bukan hanya berkisar pada diet as in nak kuruskan badan semata-mata. Tapi, nak senang cerita (malas nak guna istilah penjang-panjang) aku guna aje lah word diet tu utk merujuk pada misi aku nak kuruskan badan ni. Aku start diet baru ni hari Jumaat 4/5. Aku akui, aku perlukan satu produk untuk bantu aku menjaga pemakanan, sebab:
Nafsu makan aku mmg nafsu yg ganas.. pantang nampak makanan mula lah nak makan. 
Tak tahan godaan. 
Takde disiplin. hu hu hu. 
Jadi, dengan rendah diri, aku pun cari lah satu produk sebagai meal replacement. Pada aku, produk apa-apa pun boleh, as long as boleh bantu untuk tidak merasa lapar. Yang penting, jumlah kalori yang masuk < jumlah kalori yang keluar. Kalau boleh control ni tanpa produk lagi bagus. Aku masih bukan di tahap boleh control sendiri. Perlukan bantuan sesuatu.

Apa yang aku buat setakat ni:
- aku ambik meal replacement ni sehari 2x, satu kali pagi anti sarapan dan satu kali petang ganti makan malam.
- Lunch, aku makan macam biasa tetapi cuba kurangkan nasi dan lebihkan lauk.
- pastikan minum air kosong banyak-banyak... minimum 3L satu hari. mula-mula memang rasa macam susah nak habiskan 3L tu, rasa macam kembung perut aku ni dengan air. kejap2 pegi toilet, kejap2 pegi toilet. tapi, alah bisa tegal biasa.
- weekend adalah masa yang sangat mencabar. banyak aktiviti makan-makan ... dan makan lagi. kalau berjalan-jalan gi rumah family members, orang dah hidang air, kuih-muih (paling kurang ni, ada jer yang hidang nasi), takkan aku nak tolak.
Contoh lah kan kalau aku pegi rumah Mak Long aku ke (btw, mak long aku takde yang duduk kat lembah kelang ni, semua kat kanpung aku - ini contoh semata-mata):
Aku: Ohh.. mintak maaflah Mak Long, tak boleh makan lah hari ni, orang tengah diet ni.
ML: Diet? Ape diet-diet? Makan jer lah. Penat-penat Mak Long masak ni.
Ha... tak ke rasa tak best di situ.
So, weekend aku selalu tak ambik meal replacement, aku makan jer. Tapi, cuba kontrol. Kekadang kantoi... nampak ikan bakar, air asam depan bijik mata.. meleleh ayaq lioq. hahahaa...

Nanti aku update result diet.
Amz
Ini review aku selepas buat detox satu minggu menggunakan Juvanex.
Rasa: adalah sangat ok, rasa masam2 pahit2 sket. nak telan takde masalah.
Penyediaan: adalah sangat convenient nak bancuh dan minum. gunting paket dia tu, tuang dlm shaker, shake and shake and shake (aku rasa ak shake dalam 15 seconds jer kot, lama jugak nak shake 30 seconds seperti yang di suruh) dan minum.

Pemakanan aku:

Pagi: 2 peket juvanex
Petang: 2 peket juvanex

Day 1 and Day 2 : makan sayur dan buah2an sahaja sepanjang hari. Adalah sangat mencabar terutamanya time dinner. Breakfast ... ok. Lunch .. ok jugak sbb kat office. Kurungkan diri dalam office ajer sambil makan bekal buah2an. Dinner... bersama suami dan anak2. makanan depan mata.. terpaksa disiplinkan diri utk ambik sayur sahaja.

Day 3  - Day 5: hancuurrrr..... hahahahaa. sesungguhnya aku mmg tak tahan godaan. makan jugak breakfast sket - english breakfast lagik (tetapi cuba jugaklah utk tidak makan roti), lunch - vegetarian dish. Dinner... makan jugak tapi portion di kurangkan utk mengurangkan rasa bersalah kepada diri sendiri.

Day 6 and Day 7: balik kampung.*pause detox*. entah ada ke tak istilah pause masa buat detox ni, suka2 hati jer pause sendiri-sendiri. Dah balik kampung, mak aku masak sedap-sedap, takkan lah tak nak makan pulak kan. kesian mak aku nanti.... hehehehe.

Day 8 and Day 9: sambung balik makan juvanex, tapi makan macam biasa ajer. Nak2 pulak sepanjang minggu ni, tiap2 hari ada orang belanja makan2. emm.. maklumlah masing-masing baru dapat bonus. pemurah orang2 kat tpt keje aku ni. makan free.. rugi tak makan.

Kesimpulan:
Walaupun aku tak berapa berdisiplin semasa buat detox ni. dapat jugak kurangkan 1kg berat badan. Yeahhhh... satu kilo pun nak sorak? aku ni dah lama takde penurunan berat badan... asal naik jer, maintain, pastu naik lagi, maintain... pastu naik lagi. sebab tu lah dah tembun sangat2 sekarang ni. Ini lah baru ada turun sket. Hepi hepi.
So far, dah masuk minggu ke-2 since mula2 start detox, that 1kg yg dah hilang belum di gain balik. :) Hepi akak...
Oh yer, tahap pembuangan semasa detox... biasa2 ajer, tetapi hari2 nak buang. sehari adalah 2,3 kali. kadang2 banyak, kadang2 ciput. Takdelah cirit ke hape. Aku bajet macam nak cirit ke hape ke, siap refuse kat bos aku tak nak pegi meeting jejauh, takut tak sempat cari toilet semasa perjalanan. Kekononnya lah.

Perut dah 'cuci'... next phase apa pulak?
Amz
sangat lama giler tak update blog. last post 2012. sekarang 2013.
semenjak setahun lepas aku sangat sibuk, maklum ler before ni kerja ala2 part time jer. bila dah kena kerja ala2 full time - masuk opis pagi, balik petang, tiap2 hari kena masuk office.. haa, memang terasa perbezaan nya.
post hari ni bukan lah nak cerita pasal kerja. aku nak cerita pasal misi baru aku... nak kuruskan badan sket. banyak sangat lemak2 kat badan ni. mencikkk aku.
Misi #1: Detox
Sebelum nak embark on any weight loss program, melalui research yang aku buat, aku rasa baiklah aku buat detox dulu. Buang stoksin dalam badan. Macam2 cara nak detox, yang paling extreme adalah master cleanse. Cuba korang gi google and tgk youtube pasal master cleanse ni... sure teruja tengok result. Confirm kurus. Tapi aku tak sangguplah nak hidup dengan minum cecair jer. Mau mengamuk jadi naga sebab kelaparan (iyee.. aku kalau lapar, kureenngg sket sabarnya).
Di sebabkan malas nak susah payah beli buah2 sayur2 pastu kena blend pagi, aku pilih utk beli produk kat farmasi aje lah. Semenjak jadi career woman sepenuh masa ni, mana lah ada masa nak utk buat aktiviti lain. Mesin jahit aku tu pun dah berbulan2 tak buat project jahitan, setakat jahit seluar koyak tu sempatlah.
Ini dia produk yang aku beli kat farmasi:
pic from myjuvanex

tak perlu susah2, sehari 2x bancuh dlm shaker pastu minum. sesuailah untuk aku yg agak malas ni. Katanya ada 7-day eating plan, tp takde pulak aku jumpa dlm guide book nyer. (update, aku request kat FB suruh email eating plan, kalau ok bolehlah ikut). Cuma di galakkan makan banyak sayur dan buah. Kena jadik lebih herbivor untuk seminggu.
Masalah niiii....:
Dinner mcmn? Kalau aku kena jadi herbivor, lepas tu nak kena masak makanan omnivor pulak, sah2 ler aku akan rasa tempted nak makan kan. Dah ler akan kelaparan, kena masak pulak. susah..susah.
Solution aku adalah masak siap2 utk seminggu. Semalam penatlah aku masak untuk satu minggu punya dinner. Masak, masuk tupperware, simpan freezer.

Dah pukul 12 lebih, masa untuk juvanex.