Amz
sangat lama giler tak update blog. last post 2012. sekarang 2013.
semenjak setahun lepas aku sangat sibuk, maklum ler before ni kerja ala2 part time jer. bila dah kena kerja ala2 full time - masuk opis pagi, balik petang, tiap2 hari kena masuk office.. haa, memang terasa perbezaan nya.
post hari ni bukan lah nak cerita pasal kerja. aku nak cerita pasal misi baru aku... nak kuruskan badan sket. banyak sangat lemak2 kat badan ni. mencikkk aku.
Misi #1: Detox
Sebelum nak embark on any weight loss program, melalui research yang aku buat, aku rasa baiklah aku buat detox dulu. Buang stoksin dalam badan. Macam2 cara nak detox, yang paling extreme adalah master cleanse. Cuba korang gi google and tgk youtube pasal master cleanse ni... sure teruja tengok result. Confirm kurus. Tapi aku tak sangguplah nak hidup dengan minum cecair jer. Mau mengamuk jadi naga sebab kelaparan (iyee.. aku kalau lapar, kureenngg sket sabarnya).
Di sebabkan malas nak susah payah beli buah2 sayur2 pastu kena blend pagi, aku pilih utk beli produk kat farmasi aje lah. Semenjak jadi career woman sepenuh masa ni, mana lah ada masa nak utk buat aktiviti lain. Mesin jahit aku tu pun dah berbulan2 tak buat project jahitan, setakat jahit seluar koyak tu sempatlah.
Ini dia produk yang aku beli kat farmasi:
pic from myjuvanex

tak perlu susah2, sehari 2x bancuh dlm shaker pastu minum. sesuailah untuk aku yg agak malas ni. Katanya ada 7-day eating plan, tp takde pulak aku jumpa dlm guide book nyer. (update, aku request kat FB suruh email eating plan, kalau ok bolehlah ikut). Cuma di galakkan makan banyak sayur dan buah. Kena jadik lebih herbivor untuk seminggu.
Masalah niiii....:
Dinner mcmn? Kalau aku kena jadi herbivor, lepas tu nak kena masak makanan omnivor pulak, sah2 ler aku akan rasa tempted nak makan kan. Dah ler akan kelaparan, kena masak pulak. susah..susah.
Solution aku adalah masak siap2 utk seminggu. Semalam penatlah aku masak untuk satu minggu punya dinner. Masak, masuk tupperware, simpan freezer.

Dah pukul 12 lebih, masa untuk juvanex.