Amz
Target aku nak kuruskan badan sket. Jadi, sekarang ni aku dalam proses menjaga pemakanan a.k.a. diet. Iye... aku tahu perkataan diet tu membawa makna makanan yang kita makan. Makan sikit ke makan banyak ke, it is still your diet. Bukan hanya berkisar pada diet as in nak kuruskan badan semata-mata. Tapi, nak senang cerita (malas nak guna istilah penjang-panjang) aku guna aje lah word diet tu utk merujuk pada misi aku nak kuruskan badan ni. Aku start diet baru ni hari Jumaat 4/5. Aku akui, aku perlukan satu produk untuk bantu aku menjaga pemakanan, sebab:
Nafsu makan aku mmg nafsu yg ganas.. pantang nampak makanan mula lah nak makan. 
Tak tahan godaan. 
Takde disiplin. hu hu hu. 
Jadi, dengan rendah diri, aku pun cari lah satu produk sebagai meal replacement. Pada aku, produk apa-apa pun boleh, as long as boleh bantu untuk tidak merasa lapar. Yang penting, jumlah kalori yang masuk < jumlah kalori yang keluar. Kalau boleh control ni tanpa produk lagi bagus. Aku masih bukan di tahap boleh control sendiri. Perlukan bantuan sesuatu.

Apa yang aku buat setakat ni:
- aku ambik meal replacement ni sehari 2x, satu kali pagi anti sarapan dan satu kali petang ganti makan malam.
- Lunch, aku makan macam biasa tetapi cuba kurangkan nasi dan lebihkan lauk.
- pastikan minum air kosong banyak-banyak... minimum 3L satu hari. mula-mula memang rasa macam susah nak habiskan 3L tu, rasa macam kembung perut aku ni dengan air. kejap2 pegi toilet, kejap2 pegi toilet. tapi, alah bisa tegal biasa.
- weekend adalah masa yang sangat mencabar. banyak aktiviti makan-makan ... dan makan lagi. kalau berjalan-jalan gi rumah family members, orang dah hidang air, kuih-muih (paling kurang ni, ada jer yang hidang nasi), takkan aku nak tolak.
Contoh lah kan kalau aku pegi rumah Mak Long aku ke (btw, mak long aku takde yang duduk kat lembah kelang ni, semua kat kanpung aku - ini contoh semata-mata):
Aku: Ohh.. mintak maaflah Mak Long, tak boleh makan lah hari ni, orang tengah diet ni.
ML: Diet? Ape diet-diet? Makan jer lah. Penat-penat Mak Long masak ni.
Ha... tak ke rasa tak best di situ.
So, weekend aku selalu tak ambik meal replacement, aku makan jer. Tapi, cuba kontrol. Kekadang kantoi... nampak ikan bakar, air asam depan bijik mata.. meleleh ayaq lioq. hahahaa...

Nanti aku update result diet.
Amz
Ini review aku selepas buat detox satu minggu menggunakan Juvanex.
Rasa: adalah sangat ok, rasa masam2 pahit2 sket. nak telan takde masalah.
Penyediaan: adalah sangat convenient nak bancuh dan minum. gunting paket dia tu, tuang dlm shaker, shake and shake and shake (aku rasa ak shake dalam 15 seconds jer kot, lama jugak nak shake 30 seconds seperti yang di suruh) dan minum.

Pemakanan aku:

Pagi: 2 peket juvanex
Petang: 2 peket juvanex

Day 1 and Day 2 : makan sayur dan buah2an sahaja sepanjang hari. Adalah sangat mencabar terutamanya time dinner. Breakfast ... ok. Lunch .. ok jugak sbb kat office. Kurungkan diri dalam office ajer sambil makan bekal buah2an. Dinner... bersama suami dan anak2. makanan depan mata.. terpaksa disiplinkan diri utk ambik sayur sahaja.

Day 3  - Day 5: hancuurrrr..... hahahahaa. sesungguhnya aku mmg tak tahan godaan. makan jugak breakfast sket - english breakfast lagik (tetapi cuba jugaklah utk tidak makan roti), lunch - vegetarian dish. Dinner... makan jugak tapi portion di kurangkan utk mengurangkan rasa bersalah kepada diri sendiri.

Day 6 and Day 7: balik kampung.*pause detox*. entah ada ke tak istilah pause masa buat detox ni, suka2 hati jer pause sendiri-sendiri. Dah balik kampung, mak aku masak sedap-sedap, takkan lah tak nak makan pulak kan. kesian mak aku nanti.... hehehehe.

Day 8 and Day 9: sambung balik makan juvanex, tapi makan macam biasa ajer. Nak2 pulak sepanjang minggu ni, tiap2 hari ada orang belanja makan2. emm.. maklumlah masing-masing baru dapat bonus. pemurah orang2 kat tpt keje aku ni. makan free.. rugi tak makan.

Kesimpulan:
Walaupun aku tak berapa berdisiplin semasa buat detox ni. dapat jugak kurangkan 1kg berat badan. Yeahhhh... satu kilo pun nak sorak? aku ni dah lama takde penurunan berat badan... asal naik jer, maintain, pastu naik lagi, maintain... pastu naik lagi. sebab tu lah dah tembun sangat2 sekarang ni. Ini lah baru ada turun sket. Hepi hepi.
So far, dah masuk minggu ke-2 since mula2 start detox, that 1kg yg dah hilang belum di gain balik. :) Hepi akak...
Oh yer, tahap pembuangan semasa detox... biasa2 ajer, tetapi hari2 nak buang. sehari adalah 2,3 kali. kadang2 banyak, kadang2 ciput. Takdelah cirit ke hape. Aku bajet macam nak cirit ke hape ke, siap refuse kat bos aku tak nak pegi meeting jejauh, takut tak sempat cari toilet semasa perjalanan. Kekononnya lah.

Perut dah 'cuci'... next phase apa pulak?